fbpx

Pemuda kongsi cara bezakan restoran mamak Muslim dan Hindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Budaya melepak di restoran mamak Muslim sudah sebati dengan masyarakat negara ini, namun masih ramai orang Islam keliru dan tidak tahu kadang-kala mereka sebenarnya menikmati hidangan di restoran Hindu.

Seorang pemuda Islam telah berkongsi tip baru-baru ini bagaimana membezakan restoran mamak Muslim dan Hindu yang menarik perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian oleh Afyan Mat Rawi di laman sosial Facebook miliknya, biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali, sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.

“Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu, jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada daging lembu.

“Cara seterusnya untuk mengenal pasti sama ada itu merupakan mamak Muslim atau Hindu ialah dengan memberi salam kepada pekerja yang sedang bekerja dan restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.

“Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz (assalamualaikum), jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh cara ini boleh diuji kepada pemilik dan pekerja mereka,” ujarnya.

Menurutnya, restoran mamak Muslim biasanya akan menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan.

“Jika restoran mamak palsu, tidak akan ada kemudahan seperti itu,” ujarnya.

Beliau mengingatkan orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan papan iklan di restoran mamak yang kebiasaannya akan mengunakkan nama seperti seorang muslim dan pelanggan perlu menyemak nama restoran melalui Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

“Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan ‘frame’ gambar tulisan jawi yang nampak seperti ayat-ayat suci al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya, ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI