fbpx

Lelaki bunuh teman wanita disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping bagi mendapat perintah sambung reman kes bunuh teman wanitanya .

IPOH – Reman seorang lelaki yang juga orang pengawasan polis (OPP) disambung tujuh hari bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita yang telah reput di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang dekat Taiping minggu lalu.

Lelaki berusia 34 tahun itu disambung reman sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Othman berkata, suspek sebelum ini telah direman tujuh hari sebelum disambung seminggu lagi untuk siasatan bermula esok.

Katanya, sambung reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan.

“Siasatan ke atas suspek dijalankan mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh dan sebaik sahaja kertas siasatan lengkap, kita akan serahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki di Simpang, Taiping 29 Oktober lalu lalu berikutan penemuan mayat wanita yang telah reput di tepi Sungai Jebong.

Lelaki yang juga penganggur itu ditahan selepas dua hari penemuan mayat mangsa.

Mayat wanita itu ditemui seorang pemandu lori setelah menjumpai tulang disyaki kaki manusia dalam keadaan tidak sempurna dan reput. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI