fbpx

91 maut lori tangki minyak meletup di Sierra Leone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melihat kesan-kesan letupan lori tangki yang membakar beberapa buah kenderaan di Freetown, hari ini. - AFP

FREETOWN, SIERRA LEONE – Sekurang-kurangnya 91 orang maut manakala sebilangan besar lagi cedera apabila sebuah lori tangki yang membawa bahan api meletup di bandar Freetown, Sierra Leone, lapor stesen penyiaran CNN hari ini.

Pengarah Komunikasi Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Sierra Leone, Mohamed Lamrane Bah berkata, pihak berkuasa telah memindahkan mangsa-mangsa cedera ke hospital dan mengumpul mayat-mayat yang bergelimpangan.

Kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian juga telah ditamatkan.

Menurut beberapa saksi, insiden itu berlaku apabila sebuah kenderaan terbakar berdekatan sebuah stesen minyak akibat kemalangan jalan raya.

Api kemudiannya merebak dan membakar orang ramai yang berada di dalam kenderaan dan di jalan raya berhampiran lokasi kemalangan.

“Saya ingin menzahirkan rasa simpati terhadap anggota keluarga kesemua mangsa. Kerajaan akan melakukan apa yang termampu untuk membantu keluarga yang terjejas,” kata Presiden Julius Maada Bio di Twitter. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI