fbpx

Salah diserang penceroboh Sierra Leone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN menunjukkan pencerobohan padang berlaku ketika perlawanan antara Sierra Leone dan Mesir di Stadium Samuel Kanyon Doe Sports Complex kelmarin.

LONDON – Pasukan keselamatan terpaksa berjaga-jaga apabila Mohamed Salah menjadi sasaran penceroboh stadium ketika Mesir menang ke atas Sierra Leone awal pagi kelmarin.

Salah berjaya membuat dua umpanan untuk bekas pemain Aston Villa, Trezeguet menjaringkan dua gol ketika Mesir meneruskan permulaan sempurna untuk layak ke Piala Dunia.

Bagaimanapu, perlawanan berakhir dalam keadaan buruk apabila pasukan tuan rumah menamatkan aksi dengan sembilan pemain apabila Abdul Jarju Kabia dan bintang Derby County, Tyrese Fornah kedua-duanya dilayangkan kad merah pada perlawanan berkenaan.

Ketika Fornah dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama, Kabia dilayangkan kad merah pada masa kecederaan separuh masa kedua dengan para penyokong jelas kecewa di tempat duduk dan di atas padang.

Rakaman media sosial menunjukkan pasukan keselamatan berlari pantas ke padang ketika penceroboh melompat masuk dan berlari daripada halangan menunju ke arah Salah, lalu rakan-rakan sepasukannya berkumpul menjaga di sekelilingnya.

Satu lagi video menunjukkan beberapa individu berlari pantas dan cuba menyasarkan Salah dengan salah seorangnya berlari ke belakang untuk mendekati penyerang Liverpool itu sambil dikejar pegawai keselamatan dan mendapat kawalan rakannya, Mohamed Abdelmonem.

Meskipun tidak berapa jelas mengapa Salah menjadi sasaran khusus kumpulan tersebut, namun penyerang sensasi itu dilihat sebagai ikon kepada beberapa penduduk di Afrika, khususnya di Mesir.

Salah bukan penjaring gol pada perlawanan tersebut, tetapi sudah meledak empat gol pada kelendar rehat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ketika meledak empat gol sewaktu Mesir menang 6-0 ke atas Dijboutipada Khamis lepas.

Pemain berusia 31 tahun itu kini akan berusaha untuk kembali ke Liverpool dalam keadaan puncak menjelang pertembungan heavyweight dengan Manchester City pada hujung minggu ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI