fbpx

Benzema terus tajam bantu Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (tengah) meledak dua gol ketika membantu Real mencatat kemenangan 2-1 ke atas Shakhtar awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Real Madrid terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu saingan Kumpulan D Liga Juara-Juara selepas menewaskan Shakhtar Donetsk 2-1 di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Penyerang berbisa Los Blancos, Karim Benzema menjadi wira pasukan tersebut apabila meledak dua gol sementara gol pasukan pelawat dijaringkan penyerang dari Brazil, Fernando.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti mengakui, beliau tidak ada masalah dengan cemuhan yang diterima daripada penyokong sendiri pada separuh masa pertama kerana gagal untuk mendominasi permainan.

“Saya faham dengan ejekan yang diterima oleh pasukan ke­rana penyokong mahukan aksi terbaik daripada semua pemain. Semua orang faham dengan suasana yang perlu dihadapi di Bernabeu.

“Kami bermula agak baik dalam kedua-dua separuh masa tetapi prestasi mula menurun selepas beberapa ketika selain kurang agresif. Bagaimanapun, pemain mula bangkit selepas di­ejek penyokong,” kata beliau.

Bekas pengendali Chelsea itu juga memuji aksi ditampilkan Benzema, Vinicius Junior serta penjaga gol, Thibaut Courtois yang banyak memainkan pera­nan penting dalam perlawanan tersebut.

“Memang benar mereka bermain lebih baik berbanding pemain-pemain lain. Bagaimana­pun, aksi berpasukan lebih penting kerana bola sepak adalah sukan yang memerlukan kerjasama,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI