fbpx

Dua maut dengan seorang tercucuk besi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan MPV mangsa yang terbabas melanggar pembahagi jalan di Padang Jawa, Seksyen 7 Shah Alam.

SHAH ALAM – Dua lelaki maut dengan seorang daripadanya tercucuk besi jalan akibat tercampak keluar sejauh 4.5 meter selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7 Lebuh Raya Persekutuan, hari ini.

Mangsa yang tertusuk besi dikenali Merioh Asok manakala seorang lagi Yahayah Ampiu dengan masing-masing berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Salah seorang mangsa yang tercucuk besi jalan selepas tercampak keluar sejauh 4.5 meter dari Perodua Alza.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pemandu MPV jenis Perodua Alza itu, Nazirie Awas, 21, pula parah selepas tersepit di bahagian hadapan kereta manakala seorang lagi, Dayris Faris, 24, hanya cedera ringan.

Katanya, seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.09 pagi dan tiba 10 minit kemudian.

“Berdasarkan maklumat awal, Perodua Alza dinaiki empat individu itu telah terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Dua daripada mangsa tercampak keluar sejauh 4.5 meter dengan seorang daripada tercucuk besi jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara dua lagi yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut,” – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI