fbpx

Deepavali buktikan ‘kesegaran’ perpaduan dan muhibah di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy Wan Ismail (depan dua dari kanan) diiringi Jasvir Singh (depan, tiga dari kanan) pada majlis sambutan Deepavali di kediaman Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh di Bentong hari ini.

BENTONG – Sambutan Deepavali di Pahang disambut sederhana tetapi meriah dalam suasana Keluarga Malaysia yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum dengan pelbagai latar belakang.

Kehadiran masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu dan Cina dalam sambutan mengikut prosedur operasi standard (SOP) menunjukkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini khususnya di Pahang.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sambutan Deepavali yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum jelas menunjukkan perpaduan kaum begitu segar dengan semangat muhibah yang tinggi.

“Hari ini saya di Bentong sama-sama meraikan Deepavali dan saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India seluruh negara dan di Pahang.

“Saya menyeru seluruh rakyat di Pahang khasnya agar terus semarakkan semangat perpaduan kaum dan tingkatkan muhibah kerana perpaduan dan keharmonian sangat penting,” katanya yang hadir pada majlis sambutan Deepavali di kediaman Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pegawai Daerah, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim; Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar.

Pada majlis itu Wan Rosdy turut menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan serta kanak-kanak kelainan upaya.

Dalam pada itu Jasvir Singh berkata, kehadiran menteri besar pada hari ini memberikan keceriaan dan makna besar kepada masyarakat pelbagai kaum yang hadir.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan kepimpinan polis serta semua yang hadir hari ini yang membuktikan semangat keharmonian kaum,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI