fbpx

Suami guna alasan ‘prank’ ketika ditangkap isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kejadian berkenaan yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang lelaki bertindak menggunakan alasan mahu melakukan ‘prank’ kepada isterinya sebaik sahaja ditangkap berdua-duaan dengan wanita lain di sebuah hotel.

Rakaman memaparkan lelaki tersebut yang ditangkap di hotel bersama wanita lain oleh isterinya sendiri itu turut tular di media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi 4 minit 34 saat itu, lelaki tersebut memberi pelbagai alasan termasuk mengatakan kelakuannya itu hanyalah ‘prank’ semata-mata.

Bagaimanapun, apabila disoal beberapa kali oleh isterinya, lelaki itu berkata mereka hanya berada di hotel itu untuk berbincang berkenaan hal kerja.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang berang dengan tindakan lelaki tersebut.

“Kalau betul, video ini boleh dijadikan bukti di mahkamah. Tuntut cerai saja, buat apa bersuami lelaki seperti ini,” kata Hawa.

“Ingatkan kantoi dengan Jabatan Agama Islam, rupanya kantoi dengan isteri sendiri,” kata Mazlan.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang beranggapan bahawa video tersebut hanya lakonan dan sengaja direka oleh pasangan itu bagi mendapat perhatian orang ramai.

“Buat content semata-mata mahu kasi naik follower sanggup buat begini. Tak malu dengan anak, adik-beradik, sanak-saudara buat content begini. Banyak lagi cara lain,” kata Shahriez.

“Entah apa-apa, dari dulu lagi banyak lakonan yang bukan-bukan. Lepas itu, banyak lagi yang sokong content sampah begini. Bukan pertama kali mereka muat naik video begini,” kata Sharel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI