fbpx

Sedia bahan pembelajaran interaktif, praktikal kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BIARPUN masih baru di pasaran, Syarikat Mommy Happy Group Sdn. Bhd., atau lebih dikenali dengan nama Mommy Happy kini menjadi pilihan ramai ibu bapa dan guru untuk mendapatkan pelbagai produk pendidikan khususnya untuk kanak-kanak berusia dua hingga lapan tahun

Menyediakan banyak pilihan produk pembelajaran yang praktikal dan interaktif seperti buku pembelajaran, permainan, kad imbasan, buku dan pelbagai alat bantu mengajar, ia semakin mendapat sambutan ramai sebagai antara bahan rujukan ibu bapa dan guru pada masa kini.

Menurut pengasas syarikat itu, Siti Sarah Mohd Fauzi, 35,pihaknya cukup optimis dengan sambutan yang diterima ramai terutama dalam memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak.

“Ini merupakan antara usaha kami untuk membantu anak-anak untuk belajar membaca, mengira, menulis dan mengaji.

“Malah turut disertakan kod QR di setiap halaman buku contohnya untuk membuka akses kepada video panduan. Ia turut membantu anak-anak untuk membuat ulangkaji,” katanya.

Siti Sarah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan berkata, syarikatnya juga terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan dengan rata-ratanya adalah daripada golongan wanita yang hanya berniaga dari rumah.

“Di era pandemik Covid-19 ini ramai yang bergelut untuk meneruskan survival hidup. Lalu kami mahu mengajak lebih ramai suri rumah dan sesiapa sahaja untuk bergelar Usahawan Mommy Happy,” katanya.

Siti Sarah menambah, usahawan mereka juga turut dibekalkan dengan ilmu dan tip menerusi kelas yang dilakukan secara konsisten setiap bulan.

“Tidak hanya kelas perniagaan untuk usahawan, anak mereka juga ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis.

“Mereka juga tak perlu menyimpan stok produk di rumah kerana kerja pengeposan dan pembungkusan dilakukan pihak kami.

“Mereka hanya perlu menempah produk diingini menerusi sistem laman sesawang yang disediakan. Bukan hanya pendapatan diraih, usahawan juga layak mendapat bonus dan pelbagai ganjaran,” katanya lagi.

Sementara itu, Program Cabaran 100 Hari Anakku Bijak bersama Mommy Happy dianjurkan terbuka kepada semua ibubapa dan guru dengan menawarkan ganjaran menarik.

Antaranya seperti wang tunai RM5,000, komputer riba, gelang emas, barangan permainan kanak kanak dan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi.

“Mereka yang mempunyai anak anak berusia dua hingga lapan tahun dialu alukan untuk menyertai cabaran ini hanya dengan beberapa langkah mudah dengan mendapatkan produk keluaran kami dengan usahawan berdaftar di seluruh negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI