fbpx

‘Vax’ diiktiraf perkataan tahun 2021 oleh Kamus Inggeris Oxford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamus Inggeris Oxford mengiktiraf perkataan ‘vax’ sebagai perkataan tahunan disebabkan penggunaannya sebanyak 72 kali lebih kerap pada September tahun ini sejak tahun 2020. - Getty

NEW YORK – Perbendaharaan kata berkaitan vaksin diiktiraf sebagai perkataan tahunan pada 2021  kerana didapati berkembang dengan ketara sepanjang pandemik Covid-19, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kamus Inggeris Oxford mengiktiraf perkataan ‘vax’ sebagai perkataan tahunan disebabkan penggunaannya sebanyak 72 kali lebih kerap pada September tahun ini sejak tahun 2020.

Memberitahu portal The Guardian, Presiden Bahasa Oxford, Casper Grathwohl berkata, ‘’vax’’ dilihat sebagai pilihan yang jelas setelah dibuktikan kebahasaannya.

“Lonjakan dramatik dalam penggunaan perkataan itu menarik perhatian kami terlebih dahulu.

‘’Selepas analisis, sebuah penceritaan mula muncul dengan mendedahkan bagaimana ‘’vax’’ menarik perhatian kami tahun ini,” katanya.

Secara spesifik, organisasi linguistik menjejaki perkembangan kosa kata Covid-19 menerusi penggunaan ‘’pemberian vaksin’’ pada Disember 2020 kepada ‘’pelancaran vaksin’’ dan ‘’passport vaksin’’ yang menjadi sebahagian leksikon global pada musim bunga yang lalu, lapor The Guardian.

Didapati ‘’vax’’ digunakan dengan lebih kerap merentasi pelbagai bahasa dalam pelbagai konteks yang lebih besar termasuk ‘’sepenuhnya divaksin’’ dan ‘’kad vaksin’’.

Dalam pada itu, kata seperti ‘’Anti-vax’’ dan ‘’anti-vaxxers’’ turut meluas apabila kepercayaan kumpulan anti vaksin yang meningkat sejak pandemik.

Sejak direkodkan penggunaan pertamanya dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1799, ‘’vax’’ juga muncul di platform tidak formal termasuk aplikasi dating.

Menurut laman Oxford, sudah tentu ‘’vax ‘’ bukanlah perkataan pertama dari Kamus Inggeris Oxford, yang dinilai mencerminkan etos, emosi atau tarikan pada tahun tertentu selain mempunyai potensi kekal seperti perkataan berkaitan kebudayaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI