fbpx

Pengundi mahu calon jujur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kurang se­minggu sebelum berlangsungnya penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 8 November ini, rata-rata pengundi di negeri itu mula menyuarakan harapan agar calon yang disenaraikan nanti adalah daripada mereka yang berintegriti dan bersikap jujur.

Menurut mereka, mana-mana individu yang tidak mempunyai pendirian dan hanya mengutamakan kepentingan diri adalah tidak layak untuk dijadikan calon bagi mana-mana parti sekali pun.

Seorang pengundi dikenali sebagai Zaid Salleh, 34, berkata, orang Melaka sudah serik melihat drama lompat parti sehingga menjejaskan kehidupan dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya.

“Kita mahukan wakil rakyat yang tidak pentingkan diri sendiri, tetapi mementingkan rakyat yang telah mengundi mereka.

“Saya fikir ini merupakan tanggungjawab setiap parti politik semasa mengemukakan calon masing-masing,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November, manakala tarikh mengundi pula pada 20 November depan.

Seorang lagi pengundi, Miza Mohd., 41, berkata, dia bersimpati dengan wakil rakyat yang dilabel sebagai ‘katak’, tetapi itu adalah realiti politik yang berlaku.

Menurutnya, kedudukan mereka sebagai wakil rakyat kini terpulang kepada penduduk ­Melaka sama ada ingin menerima mereka lagi ataupun tidak.

“Jika mereka ada jasa besar kepada penduduk, mungkin ada sedikit harapan, namun semua itu bergantung kepada pengundi sama ada mahu memilih parti atau individu.

Sementara itu, Profesor Adjung Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Profesor Dr. Jeniri Amir berkata, calon yang pernah melompat parti dianggap be­risiko dalam PRN Melaka.

“Mereka ini berdepan risiko ditolak oleh rakyat kerana mereka pada asalnya diundi di atas tiket parti, bukan diri sendiri.

“Pengundi pasti akan menolak calon yang lompat parti tetutama yang dilihat bertindak atas kepentingan peribadi,” katanya.

Ujarnya, calon demikian sukar untuk mempertahankan kerusi, lebih-lebih lagi apabila parti asal meletakkan calon yang lebih berwibawa dan berpengaruh.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI