fbpx

Melaka United rantai KUFC di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Melaka United, Soney Norde (tengah) cuba melepasi kawalan pemain KUFC pada saingan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN MELAKA UNITED.

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) terlepas peluang meraih tiga mata penuh apabila terikat 3-3 pada aksi Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Manuel Ott muncul wira Melaka United apabila mengikat kedudukan seri pada minit ke-84 sekali gus menyelamat pasukannya daripada tewas di gelanggang lawan.

Kehadiran penyokong buat kali pertama ke stadium musim ini membakar semangat barisan pemain KUFC .

Keputusan seri itu menyaksikan Melaka United terus mengungguli tangga pertama Kumpulan C dengan 10 mata manakala KUFC di tempat tercorot dengan hanya meraih satu mata daripada empat perlawanan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI