fbpx
Anggota bomba memeriksa keadaan lelaki yang ditemui rentung dalam kebakaran di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pagi hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Lelaki rentung bersama Honda Wave

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui mati rentung bersama sebuah motosikal jenis Honda Wave dalam kejadian berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Desa Tebrau di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.43 pagi itu, mangsa lelaki dewasa berusia lingkungan 40-an meninggal dunia di tempat kejadian susulan melecur pada anggota badan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafie Ahmad Sareng berkata, seramai 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi kejadian, Pasukan Keluar Operasi (PKO) mendapati benar ada kejadian seperti yang dilaporkan dan penunggang motosikal Honda Wave ditemui rentung.

“Orang awam memadam api kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api sebelum PKO tiba di tempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rafie berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, tiada maklumat pengenalan diri ditemui bersama mangsa.-K! ONLINE

POPULAR