fbpx

Kena maki scammer, duit lambat masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengguna Instagram yang berkongsi tangkap layar beliau telah dimaki hamun oleh 'scammer' yang meminta bantuan.

PETALING JAYA – “Dari awal lagi dah nampak tak betul, bila dah ‘block'(sekat) dia hantar emel pula”.

Itulah perkongsian seorang pengguna Instagram yang berkongsi tangkap layar beliau telah dimaki hamun oleh ‘scammer’ yang meminta bantuan apabila dia tidak membalas mesej daripada individu tersebut di emel.

Berdasarkan satu posting yang dikongsi @Kualihelena di Instagram, beliau telah mendapat mesej daripada seseorang yang meminta bantuan duit selepas tiga hari tidak makan.

“Dapat DM dari seorang yang berumur 21 tahun minta duit RM20 yang kononnya tiga hari tak makan, mula-mula saya memang berniat untuk membantu tetapi lama kelamaan makin tak menyabar dan kurang ajar,” katanya di dalam Instagram.

Menerusi tinjaun Kosmo! di ruangan komen mendapati ‘scammer’ tersebut mengunakan modus operandi yang sama kepada individu lain kerana rata-rata orang ramai memberikan jawapan sama tentang individu itu.

Salah seorang pengguna @Sofiaaizura berkata, dia telah mendapat mesej dari orang yang sama di Twitter dan tidak menjawab mesej itu kerana berasa tidak sedap hati.

“Saya rasa dapat DM daripada orang yang sama dekat Twitter, saya tak layan sebab memang rasa tak sedap hati,” ujarnya.

Sementara itu, @ndhia berkata, telah mendapat mesej dari ‘scammer’ itu banyak kali, mula-mula dia membantu dengan RM2O tapi bila beliau lambat masukkan duit atau bantuan individu itu mula tidak sabar.

“Saya dah terkena banyak kali, mula-mula saya masuk dah dekat dia RM20. Selepas itu saya belanja lagi anak dia makan KFC pesan melalui Foodpanda.

“Selepas itu dia minta lagi saya belikan barang dapur tapi bila bagi tahu mungkin esok atau lusa, dia dah mula tak sabar-sabar. Selepas itu minta lagi duit nak beli gas dan terus saya ‘block’ (sekat) dia,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI