fbpx

Ahmad Idham, Eizlan Yusof sertai Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Idham (kanan) dan Eizlan Yusof bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah (tengah).

PETALING JAYA – Kementerian Luar Negeri melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan, berkuatkuasa hari ini.

Selain Ahmad Idham, seorang lagi penggiat seni iaitu penerbit dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof turut diberi mandat sebagai Perunding Kreatif.

Pengumuman tersebut dilakukan Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra, Putrajaya.

Saifuddin berkata, pelantikan dua penggiat seni berpengalaman yang digabungkan dalam satu kementerian adalah bagi membawa budaya, muzik dan filem ke arena global.

“Pelantikan mereka selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia.

“Ojektifnya untuk mewujudkan kaedah baharu mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan, di samping memaparkan nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

“Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya Malaysia, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuhkan di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.

“Saya yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan dedikasi dan jayanya,” katanya.

Ahmad Idham, 47, dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Eizlan, 50, pula tidak asing dalam industri kreatif selain pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi banyak anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI