fbpx

Tunggang motosikal curi, seorang lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kanan) ditahan menerusi Ops Motosikal di Jalan Pahang selepas menunggang motosikal yang disyaki telah dicuri. FOTO IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki selepas menunggang motosikal disyaki dicuri dalam Ops Motosikal di Jalan Pahang, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, suspek merupakan seorang penganggur berusia 35 tahun.

“JSPT Kuala Lumpur telah mengadakan Ops Motosikal di Jalan Pahang pada Jumaat lalu dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana menunggang motosikal disyaki dicuri.

“Suspek juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri sebuah motosikal dan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, dalam operasi sama di Jalan Ipoh semalam, polis telah menahan dua penunggang motosikal kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kedua-dua suspek berusia 18 dan 24 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memalsukan nombor pendaftaran.

“JSPT KL akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI