fbpx

14 pemandu mabuk ditahan, 297 disaman pada hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 297 jumlah saman telah dikeluarkan JSPT Kuala Lumpur atas pelbagai kesalahan di beberapa kawasan sekitar ibu negara. - Foto IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 297 jumlah saman telah dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi pelbagai operasi yang diadakan pada hujung minggu bermula Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, operasi telah diadakan di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“JSPT Kuala Lumpur telah mengadakan Operasi Samseng Jalanan, Ops Motosikal dan Ops Pelbagai Kesalahan bermula Jumaat lalu hingga awal pagi tadi dengan kekuatan lapan Pegawai Kanan dan 90 Pegawai Rendah bermula pada pukul 9 malam hingga 4 pagi.

“Secara keseluruhan, sebanyak 297 jumlah saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 15 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai struktur kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menerusi Ops Pelbagai Kesalahan, seramai 14 lelaki berusia 25 hingga 64 tahun telah ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi Operasi Samseng Jalanan, seramai enam lelaki berusia 17 hingga 39 tahun telah ditahan kerana menunggang secara berbahaya dan akan dituduh dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Katanya, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03 2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 0320260267/69. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI