fbpx

Tengku Zafrul mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan beg yang berisi buku laporan Belanjawan 2022 ketika keluar dari Kompleks Kementerian Kewangan menuju ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan belanjawan tersebut di sini, semalam - FOTO FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dalam Bajet 2022.

Menurut beliau, Kementerian Kewangan telah berusaha sehabis baik menyediakan Bajet 2022 dalam keadaan kekangan kewangan.

“Penyediaan Bajet 2022 bukanlah mudah. Memang mustahil untuk kami penuhi semua permintaan.

“Saya menyusun jari sepuluh jika ada sebarang kekurangan, tetapi yakinlah bahawa kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 melibatkan peruntukkan RM332.1 bilion dalam usaha Malaysia memulihkan semula setiap segmen sosioekonomi negara pada tahun depan.

Belanjawan tersebut merangkumi RM233.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM23 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19.

Bagaimanapun, sebahagian orang ramai melontarkan rasa kurang puas hati kerana tiada pengumuman berhubung pencarum dibenarkan mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI