fbpx

Penunggang basikal nyaris dilanggar, tukar lorong secara melulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang basikal nyaris dilanggar sebuah kereta akibat menukar lorong secara melulu semasa mengayuh basikal dalam keadaan gelap.

PETALING JAYA – Seorang penunggang basikal nyaris dilanggar sebuah kereta akibat menukar lorong paling kanan ke kiri jalan secara tiba-tiba dalam keadaan gelap.

Tindakan penunggang basikal tersebut mengundang kemarahan orang ramai kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa malah menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit, penunggang basikal berkenaan dengan jelas menukar laluan tanpa menghiraukan kenderaan di jalan raya sehingga membahayakan diri sendiri.

Video berkenaan mendapat lebih 2,700 reaksi dan dihujani lebih 1,700 komen di media sosial Facebook.

Salah seorang pengguna @Eleonie Adimer berkata, tindakan lelaki berkenaan bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah telah memburukkan imej berbasikal.

“Berbasikal tak salah tapi banyak orang salah pada tempatnya. Jalan raya macam itu bukan tempat main basikal, sangatlah bahaya sayangilah nyawa anda.” jelasnya

Sementara itu, @Jack As berkata, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, jangan salahkan pemandu lori sebaliknya salahkan diri sendiri.

“Ini ialah contoh, kalau pemandu yang bawa kereta itu panik dan kakinya tertekan minyak, macam kes yang perempuan langgar basikal lajak itu. Kalau dah jadi kes macam itu jangan salah pemandu pula,” ujarnya.– K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI