fbpx

Elak ambil pemain Tottenham, United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

TUMPUAN bagi saingan minggu ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini tentunya terarah kepada aksi dua pasukan yang bergelut dengan prestasi tidak konsisten iaitu Tottenham Hotspur menentang Manchester United tengah malam ini.

Sebagai langkah selamat, para pengurus Fantasy Premier League (FPL) disarankan agar tidak mengambil mana-mana pemain daripada kedua-dua pasukan itu dengan mencari pilihan-pilihan lain yang lebih selamat.

Hari ini, Kosmo! berkongsi tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum untuk saingan minggu ini.

PENJAGA GOL
FERNANDEZ bakal menggantikan ketiadaan penjaga gol utama Brentford, David Raya yang tersisih selama lima bulan kerana kecederaan Posterior Cruciate Ligament (PCL) untuk aksi menentang Burnley malam ini.

PERTAHANAN
LIVRAMENTO begitu cemerlang dalam setiap perlawanan sejak berhijrah dari Chelsea ke Southampton musim ini termasuk satu gol minggu lalu. Van Dijk dan Chilwell mampu memberikan mata clean sheet kepada anda.

TENGAH
FODEN muncul pemain terbaik City minggu lalu selepas meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan. Selain itu, Mount juga boleh menjadi harapan selepas merakamkan hatrik pertamanya bersama Chelsea minggu lepas.

PENYERANG
VARDY tidak pernah mengecewakan setiap kali turun menentang pasukan-pasukan besar Eropah dan dijangka mampu menghasilkan impak positif ke atas Arsenal. Hee-chan pula muncul pemain terbaik Asia dalam saingan EPL setakat ini.

KAPTEN
SALAH terus diberikan peranan sebagai kapten berdasarkan kecemerlangannya yang kini mendahului senarai penjaring terbanyak EPL setakat ini. Tidak mustahil Salah mampu sekali lagi meledak hatrik seperti minggu lepas.

JADUAL PERLAWANAN

SABTU

LEICESTER lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 813, 7.30 mlm

BURNLEY lwn BRENTFORD
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

LIVERPOOL lwn BRIGHTON
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

MAN. CITY lwn C. PALACE
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

NEWCASTLE lwn CHELSEA
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

WATFORD lwn SOUTHAMPTON
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

AHAD

TOTTENHAM lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 12.30 tgh mlm

NORWICH lwn LEEDS
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

ISNIN
A. VILLA lwn WEST HAM
Siaran langsung Astro 813, 12.30 tgh mlm

SELASA
WOLVES lwn EVERTON
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi – K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI