fbpx

Tapak pelupusan kekal Lynas berisiko rendah dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham Baba

KUALA LUMPUR – Tapak cadangan baharu bagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di sekitar kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang didapati berisiko rendah dilanda banjir.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, dapatan itu berdasarkan Penilaian Impak Radioaktif (RIA) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) awal yang telah dilakukan.

“Sebelum kelulusan pembinaan, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mensyaratkan dua aspek penilaian utama dipatuhi iaitu penilaian RIA dan EIA.

“Penilaian RIA dan EIA sudah dihantar ke LPTA dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada September lalu dan bulan depan keputusan akan dibuat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) sama ada AELB masih berpegang dengan pendirian sisa radioaktif terkumpul di kilang Lynas perlu dipindah segera kerana kawasan tersebut terdedah kepada banjir besar.

Adham berkata, kerajaan berpendirian pemindahan sisa radioaktif yang terkumpul boleh disegerakan dengan syarat mempercepatkan pembinaan PDF. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI