fbpx

Lelaki tinggal kereta jatuh Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa ditemui di atas Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah pulau dekat George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 6.8 arah pulau dekat sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.48 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi.

Menurutnya, maklumat daripada orang awam memaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 33 tahun telah bertindak terjun ke dalam laut.

“Mangsa dikatakan meninggalkan sebuah kereta jenis Proton Waja di atas Jambatan Pulau Pinang.

“Kerja-kerja mencari secara permukaan dilakukan, manakala operasi turut dibantu oleh sebuah bot polis marin dan sebuah bot Pasukan Bomba Sukarela Bukit Bendera,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI