fbpx

KPM pandang serius amalan pemeriksaan haid secara fizikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau komited untuk memastikan amalan ini tidak terus berlaku di mana-mana institusi KPM.

“Sejurus tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur.

“Saya ke sana bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Katanya, kedatangannya pada malam tadi adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan.

Radzi berkata, beliau juga mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah berkenaan.

“Kami akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan pada perjumpaan itu.

“KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama. Ini bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI