fbpx

Kon Yeow, Exco Pulau Pinang terima suntikan dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow menerima dos penggalak di Hospital Pulau Pinang di George Town hari ini.
GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.
Turut menerima suntikan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan barisan Exco.
Kon Yeow dalam kenyataan hari ini berkata, setakat semalam, seramai 7,808 individu di negeri ini telah menerima dos penggalak berkenaan.
Menurutnya, janji temu juga telah mula diberikan kepada mereka yang layak menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan suntikan di pusat-pusat pemberian vaksin membabitkan 46 klinik swasta dan lapan hospital swasta.
“Manakala dalam tempoh sama bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja, pencapaian untuk suntikan dos pertama adalah 89.7 peratus dan lengkap dua dos 75 peratus.
“Dalam usaha mempertingkatkan kadar vaksinasi, Kerajaan Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang menggunakan pelbagai pendekatan antaranya ziarah cakna, panggilan individu serta promosi kesihatan menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru,” katanya. – K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI