fbpx

NTBp dilancar bagi tingkat daya saing perdagangan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) yang bermatlamat untuk meningkatkan daya saing perdagangan negara.

Beliau berkata, NTBp itu mengandungi lapan teras strategik dan 40 cadangan bagi memperkukuhkan kedudukan negara di arena antarabangsa.

“Ia memberi tumpuan terhadap perubahan yang perlu dilakukan di sektor eksport bagi membolehkannya berkembang menerusi pengukuhan fasiliti perdagangan, logistik, pematuhan piawai, akses pasaran, kemampanan, pendigitalan dan teknologi, pelaburan dan penjenamaan.

“Cadangan-cadangan itu akan diimplimentasi menerusi lapan kumpulan kerja yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan pakar daripada sektor awam dan swasta.

“Rangka kerja ini mencerminkan hasrat jelas kerajaan untuk menambah baik kedudukan dan daya saing negara di arena antarabangsa,” katanya ketika berucap secara maya bagi melancarkan NTBp hari ini.

Ismail Sabri berkata, NTBp itu melengkapkan dasar dan pelan induk sedia ada, selari dengan landskap perdagangan dan keperluan komuniti perniagaan.

Katanya, rangka kerja tersebut memerlukan kerjasama dan komitmen semua kementerian, agensi dan sektor swasta di dalam ekosistem ekonomi.

“Rangka kerja ini akan meningkatkan daya saing perdagangan negara dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai negara pengeskport terkemuka.

“Kita mesti memahami keperluan untuk terus meningkatkan strategi perdagangan selari dengan landskap yang sering berubah. Produk dan perkhidmatan yang kita eksport mesti berubah apabila ekonomi kita menjadi lebih pelbagai satu hari nanti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI