fbpx

Toyota Veloz dilancarkan pada harga bermula RM95,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toyota Velos

SHAH ALAM – UMW Toyota telah melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Veloz pada harga bermula RM95,000.

Menurut Presidennya, Ravindran K., pihaknya teruja melancarkan Toyota Veloz yang merupakan antara model terlaris untuk jenama itu di rantau ini.

“Dengan menawarkan kualiti binaan yang sangat baik serta ciri-ciri canggih dan ruang dalaman yang luas.

“Kami membayangkan setiap keluarga akan merasai pengalaman dan keseronokan setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam MPV disamping rekaan rekaan premium dibahagian dalam dan luaran,” katanya.

Tambahnya, model pemasangan tempatan (CKD) dengan menawarkan varian tunggal menggunakan enjin 1.5 liter dan transmisi tujuh kelajuan CVT.

“Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 106PS pada 6,000 rpm dan tork tertinggi sehingga 138Nm pada 4,200rpm.

“Pada bahagian luaran, Toyota Veloz dengan rekaan sebuah crossover seakan premium. Model ini juga menggunakan rim bersaiz 17 inci,” tambahnya.

Antara ciri-ciri menarik pada model ini seperti meter kluster berukuran tujuh inci, sistem infotainment saiz sembilan inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

UMW Toyota menawarkan lima warna sebagai pilihan seperti putih, hitam, biru, merah dan perak. Model ini juga turut hadir bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI