fbpx

DPN 2.0 dilancar pada suku ketiga tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika sidang akhbar selepas sesi libat urus Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna (3P-KPDN) di sini, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Dasar Pengguna Negara (DPN) 2.0 yang lebih menyeluruh akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, selain DPN 2.0 turut akan dilancarkan Pelan Tindakan Kepenggunaan 2030 (PTK 2030).

Katanya, dasar itu bakal melibatkan tiga teras iaitu penyertaan rakyat, perundangan dan penguatkuasaan serta pendidikan nilai kepenggunaan.

“DPN pertama dilancarkan pada 2002 dan selepas dua dekat, kita akan melancarkan DPN 2.0 dengan penambahbaikan serta pengukuhan kepada dasar sedia ada.

“Dasar ini berteraskan tiga perkara yang menjadi komponen penting kerana kita mahu DPN 2.0 bukan hanya sekadar menjadi satu dasar kerajaan, sebaliknya ia digerakkan secara menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna (3P-KPDN), di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI