fbpx

Finas setuju biaya naskhah akhir Allahyarham Mamat Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bersedia untuk meneruskan projek naskhah akhir Allahyarham Mamat Khalid yang tidak sempat disempurnakan berikutan pemergian sutradara tersebut.

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya akan berbincang dengan ahli keluarga Allahyarham untuk menjalankan penggambaran filem epik bertajuk ‘Pasir Salak Pasir Berdarah’ yang mana skrip filem itu sudah siap sepenuhnya pada 2017.

“Finas memberi pembiayaan kepada Allahyarham Mamat Khalid untuk menyiapkan satu skrip filem berunsurkan kenegaraan, semuanya sudah siap cuma filem itu belum sempat menjalani penggambaran sahaja lagi.

“Kita boleh mempertimbangkan dana untuk membiayai filem tersebut dan ia mungkin sebagai ‘hadiah’ kepada Allahyarham, sekiranya tahun depan anak arwah, Mohd. Khaled Amen berani untuk meneruskan kerja-kerja penggambaran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini hari ini.

Dalam pada itu kata Zakaria, satu jalinan kerjasama akan dimeterai antara Finas dan Wisma Putra untuk menayangkan filem tempatan berunsurkan kemasyarakatan dan kenegaraan di luar negara.

Katanya, tayangan filem-filem terpilih sentuhan karyawan negara itu dijangka akan dilaksanakan tahun depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI