fbpx

94.6 peratus juta individu dewasa lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peratusan vaksinasi populasi dewasa di negara ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 94.6 peratus atau 22,143,545 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 97.5 peratus atau lebih 22,813,885 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 124,540 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 22,125 diikuti, Pulau Pinang (13,384), Kedah (13,142) Kelantan (10,965), Perak (9,361) dan Terengganu (8,548).

Peringatan buat orang ramai yang ingin pulang ke kampung sila lakukan ujian kendiri Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan anda bebas daripada Covid-19 supaya penularan wabak ini tidak berlaku lagi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI