fbpx

Orang ramai kagum skil abang bomba tangkap ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang anggota bomba menangkap ular berbahaya di sebuah rumah orang awam.

PETALING JAYA – Satu video berdurasi satu minit lima saat memaparkan seorang anggota bomba mempamerkan kepakaran menangkap ular tular dalam media sosial.

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun Twitter, @Tok-Tek, anggota tersebut menjinakkan seekor ular sebelum menangkapnya tanpa menggunakan sebarang peralatan.

Rata-rata pengguna media sosial kagum melihat aksi anggota bomba itu yang berani menangkap reptilia berbahaya tersebut di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

“Tekup kepala ular dan tarik macam paip getah. Hebat abang bomba, you’re the best (anda memang terbaik),” ciap Muhammad Haziq

“Kita sepatutnya lebih menghargai anggota bomba. Jika saya yang melakukannya tentu saya akan mati kerana ketakutan,” kata Sandy Laxm

“Anggota bomba ini menangkap ular jenis king cobra seolah-olah dia sedang menangkap lipas di dalam rumah. Ular yang bisanya boleh membunuh 20 orang atau seekor gajah dengan sekali gigitan sahaja. Saya amat kagum dengan anda,” kata @belhizami. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI