fbpx

Guru diikat kaki, tangan disamun RM70,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkhairi (tengah) menunjukkan barang rampasan hasil tangkapan ke atas empat suspek berkenaan ketika sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, hari ini. /FOTO KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Polis berjaya menahan empat lelaki yang terlibat dalam satu kejadian pecahan rumah di Kangkar Pulai, Skudai di sini melibatkan kerugian berjumlah RM70,000 pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek itu ditahan dalam dua serbuan berasingan, kelmarin.

Menurutnya, suspek yang ditahan merupakan warga tempatan dan berusia antara 23 hingga 36 tahun.

“Pada 9 Oktober lalu, polis menerima aduan seorang guru wanita berusia 30-an memaklumkan kediamannya dipecah masuk empat lelaki ketika sedang tidur pada pukul 2.41 pagi.

“Suspek yang bersenjatakan parang telah mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan sarung bantal sebelum melarikan barangan berharga daripada kediaman berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menjejak empat suspek dalam dua serbuan berasingan masing-masing di Taman Mutiara Mas dan Taman Universiti,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Tambah Dzulkhairi, tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau dengan seorang daripada mereka mempunyai 24 rekod melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, pihaknya masih berusaha untuk mengesan seorang lagi rakan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI