fbpx

Tempoh reman bomoh Ayah Su disambung lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dikenali sebagai Ayah Su (tiga dari kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk perintah lanjutan reman.

KOTA BHARU – Tempoh reman terhadap seorang bomoh yang dikenali sebagai Ayah Su yang dipercayai merogol bakal pengantin di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas minggu lalu disambung lima hari.

Perintah reman bermula hari ini hingga Selasa depan terhadap lelaki berusia 67 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kota Bharu, Muhammad Fitri Mokhtar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, lanjutan tahanan reman itu dikeluarkan bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, Hasrat seorang bakal pengantin perempuan untuk membuat rawatan gangguan makhluk halus berakhir mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa rogol seorang bomoh di sebuah rumah di Kampung Tendong di sini pada Khamis minggu lalu.

Kejadian malang yang menimpa mangsa berusia 23 tahun itu berlaku ketika dia bersama ibu dan bakal suaminya datang ke sebuah rumah milik seorang pengamal perubatan tradisional dikenali sebagai Ayah Su kira-kira pukul 3 petang.

Mangsa dikatakan ingin mendapatkan rawatan daripada lelaki yang mengaku sebagai bomoh itu selepas sering mengalami mimpi yang menakutkan dipercayai akibat gangguan makhluk halus.

Semasa mangsa berada di dalam bilik itu secara berseorangan, suspek dipercayai telah merogol mangsa dengan alasan ia merupakan salah satu kaedah rawatan untuk menghalau daripada gangguan makhluk halus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI