fbpx

MBI belanjakan RM1 juta bantu penduduk terkesan semasa pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (tengah) dan Yong Chiang (kiri) selepas menandantangani MoU bagi menjayakan kerjasama program MBI Prihatin di Ipoh pagi tadi.

IPOH – Sebanyak RM1 juta telah dibelanjakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak tahun lalu bagi membantu meringankan beban penduduk, peniaga serta warga MBI berikutan situasi pandemik.

Perbelanjaan ini dibiayai oleh MBI serta rakan strategik seperti pasar raya Econsave serta penaja lain.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif mewujudkan program MBI Prihatin sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan.

Menurut beliau, ia bertujuan membantu meringankan beban warga bandar yang terkesan meliputi pelbagai kelompok.

“Sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020, kira-kira RM1 juta telah dibelanjakan bagi membantu meringankan kesan ekonomi keluarga ini menerusi bantuan MBI Prihatin.

“Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban wargakota Ipoh dalam mengharungi kehidupan dalam tempoh pandemik Covid-19,” ujarnya.

Terdahulu, beliau menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBI dengan pihak pasaraya Econsave yang diwakili Pengurus Besar Wilayah Utara 2, Chua Yong Chiang.

Majlis menandatangani MoU ini bagi menjayakan program MBI Prihatin secara lebih tersusun dengan rakan strategik MBI, Econsave. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI