fbpx

Masih ada lagi yang berfikiran kolot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandalela Rinong telah mendedahkan gangguan seksual yang diterima semasa berada di dalam kem terjun negara.

PETALING JAYA – Baru-baru ini penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg telah mendedahkan tentang gangguan seksual yang pernah dilaluinya semasa berada di kem terjun negara.

Apa yang lebih mengejutkan orang ramai tentang pendedahan ini ialah dia terpaksa mendiamkan diri selama tujuh tahun kerana suspek mempunyai ‘backup'(dilindungi) besar dan dipercayai merupakan ketua jurulatih mereka sendiri.

Menerusi perkongsian oleh @arifeddy12 di Twitter miliknya semalam, dia telah berkongsi tangkap layar komen-komen orang ramai mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai ini.

Berdasarkan perkongsian di Twitter tersebut, segelintir pengguna media sosial telah mempersendakan dan ada juga yang membuat lawak tentang isu yang sedang dipandang serius oleh masyarakat.

Tinjaun Kosmo! di ruangan komen juga mendapati ada pengguna media sosial yang masih tidak memandang serius dan membuat jenaka akan isu sensitif seperti gangguan seksual ini.

Salah seorang pengguna di Facebook berkata, sesiapa sahaja yang setiap hari melihat atlet berpakaian renang pasti akan bernafsu dan tidak boleh hanya menyalahkan suspek sahaja.

“Maaf cakap bukan nak ‘backup’ (dilindungi) jurulatih itu, tapi sebagai manusia biasa kalau setiap hari tengok orang pakai baju macam itu memang syahwat bergelora,” ujarnya.

Sementara itu salah satu pengguna pula berkata, dia berasa hairan kenapa orang ramai harus mempertikaikan pemakaian atlit penerjun negara sedangkan itu memang merupakan pakaian rasmi sukan tersebut.

“Saya baru lihat satu artikel berkenaan Datuk Pandalela Rinong yang mendedahkan tentang bekas jurulatih membuat lawak lucah tentang rogol, saya baca komen dan berasa sangat jijik dengan segelintir lelaki yang berpikiran kotor.

“Ada juga yang masih menyalahkan ‘pakaian’, sedangkan itu merupakan pakaian rasmi bagi setiap atlit untuk sukan itu. Saya tak pernah pula tengok sukan itu pakai jubah terjun masuk ke dalam air,” jelasnya.

Terdahulu pada tahun 2017 kem terjun negara pernah terpalit dengan satu kontroversi mengenai kes gangguan seksual – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI