fbpx
Anggota bomba mengeluarkan mangsa selepas terbabit kemalangan di SILK, Kajang malam tadi. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

Pasangan warga emas parah nahas dua kereta di Lebuh Raya SILK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Tiga individu termasuk pasangan suami isteri warga emas parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 3.5 Lebuh Raya Sistem Lingkaran Kajang (SILK) di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dari arah Kampung Baru Balakong menuju ke Kajang dipandu laju ketika menuruni bukit sebelum hilang kawalan.

Menurut beliau, kenderaan terbabit kemudian melanggar sebuah lagi kereta yang berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, pasangan suami isteri warga tempatan berusia 60 dan 61 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan.

“Pemandu kereta lelaki tempatan berusia 35 tahun turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379 bagi membantu siasatan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN