fbpx

Bunuh rakan ketika mabuk, polis berkas lapan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chang Hook

JEMPOL – Polis menahan lapan suspek bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh melibatkan seorang lelaki warganegara Myanmar di tempatnya bekerja di sebuah kilang di Mahsan, di sini, 17 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kesemua suspek masih dalam tahanan reman sejak 18 Oktober lalu hingga 26 Oktober ini.

Menurutnya, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi proses pendakwaan.

“Dalam kes ini, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) ke atas suspek yang disyaki terlibat untuk proses pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, pada pukul 3.30 pagi 17 Oktober lalu, polis menerima satu laporan dari seorang pengurus kilang berkaitan seorang pekerjanya warga Myanmar yang mati akibat ditikam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada perselisihan faham ketika mabuk di antara tiga orang warga Myanmar ketika berada di kilang berkenaan iaitu di tempat kerja suspek berusia 40 tahun.

Menurutnya, mangsa berusia 36 tahun bekerja di kilang lain di kawasan Mahsan dan dalam kejadian berkenaan, senjata yang digunakan oleh suspek iaitu gunting untuk membunuh si mati telah dijumpai.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap seramai lapan suspek berusia diantara 20 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan.

Menurutnya, dari siasatan ke atas kesemua suspek berkenaan telah mengenal pasti suspek utama berusia 40 tahun warga Myanmar yang ditangkap pada 19 Oktober lalu ketika cuba melarikan diri di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI