fbpx

Stayc ubah koreografi selepas divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STAYC

KEMUNCULAN kumpulan Stayc yang membuat persembahan secara langsung baru-baru ini membuatkan peminat melihat ada sedikit perubahan yang berlaku dalam koreografi mereka.

Ketika muncul dalam program The Show, Stayc yang mempersembahkan lagu Stereotype dilihat menukar koreografi berbanding gerakan asal tarian mereka.

Semuanya gara-gara tiga orang anggota kumpulan itu iaitu Sumin, Sieun dan Isa baru sahaja menerima suntikan vaksin sekali gus tidak dapat menggerakkan tangan kiri mereka seperti biasa.

Peminat memuat naik video untuk membandingkan perbezaan koreografi kumpulan itu yang menunjukkan Sumin sepatutnya mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Tetapi dalam program tersebut, dia cuma mengangkat sebelah tangan kanannya.

Selepas melihat perubahan kecil yang dilakukan mereka, peminat meluahkan rasa kagum terhadap Stayc kerana masih mampu menyampaikan persembahan terbaik.

“Mereka sangat comel. Saya gembira sebab Stayc telah melakukan yang terbaik walaupun selepas menerima suntikan vaksin,” kata seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI