fbpx

Guru Kafa enggan divaksin akan diberi penerangan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Guru KAFA mendapat konsultasi ketika hadir menerima vaksinasi, September lalu.

SHAH ALAM – Seramai 130 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang enggan
menerima vaksinasi akan dipanggil semula bagi sesi penerangan kali kedua dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, sesi penerangan tersebut melibatkan mufti, pakar kesihatan dan agamawan dalam memberikan maklumat tepat berhubung pengambilan vaksin berkenaan.

“Kalau ikut perundangan, para guru KAFA yang menolak vaksinasi boleh ditamatkan kontrak berikutan mereka bukannya berstatus penjawat tetap.

“Namun, kita melihat kepada sumbangan dan peranan mereka yang masih diperlukan dan menggunakan pendekatan pendidikan serta kesedaran kepada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan terkini guru-guru KAFA yang menolak pengambilan vaksin Covid-19 dianjurkan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada September lalu.

Mohd. Zawawi menegaskan setakat ini satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan melibatkan guru KAFA yang dilaporkan belum menerima suntikan vaksinasi itu.

“Justeru itu, pentingnya mereka divaksin. Murid Tahun Satu dan Dua juga akan divaksin, jadi guru juga haruslah menerima suntikan itu bagi menggelakkan risiko lebih bahaya,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI