fbpx

Foto Emma Maembong undang tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Emma bersama suaminya, Shazli (dua dari kanan) bersama pasangan suami isteri yang pernah terlibat dalam kes pengubahan wang haram mendapat perhatian netizen.

SEBELUM ini, beberapa nama selebriti tanah air terpalit dengan kes pengubahan wang haram hanya disebabkan ada hubungan baik atau berkawan dengan individu yang terbabit.

Selepas dihitung, sudah hampir setahun kes tersebut berlaku dan tiba-tiba satu hantaran dalam Instagram Emma Maembong mencuri perhatian ramai.

Semuanya gara-gara Emma hadir dan bergambar dengan pasangan yang dikatakan terbabit dengan kes wang haram dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Tidak dinyatakan mengenai hubungan antara mereka, Emma juga dilihat menutup ruangan komen bagi hantaran tersebut. Barangkali tidak ‘kuasa’ hendak melayan pertanyaan netizen mengenai kehadirannya pada majlis tersebut.

Mungkin mereka berkawan baik atau hanya kenalan rapat. Bersangka baik sajalah semua, asalkan mereka tidak melakukan perkara buruk, itu sudah cukup baik.

MIZZ LAHAR: Seronok lihat ramai yang sudah melancong ke luar negara. Syukur keadaan sudah beransur-ansur pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI