fbpx

Tiada data pengguna aplikasi MySejahtera digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan semua data pemilik aplikasi MySejahtera tidak diceroboh atau digodam mana-mana pihak.

KKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dan pasukan yang mengendali aplikasi terbabit menerima banyak aduan melalui talian bantuan MySejahtera dan media sosial KKM mengenai berlakunya permintaan kata laluan sekali (OTP) bagi mengesahkan nombor telefon mereka untuk pendaftaran QR daftar masuk ke sesebuah premis.

“Ingin ditegaskan bahawa pihak KKM sudah menjalankan siasatan dan mendapati terdapat penyalahgunaan melalui akses skrip kepada nombor telefon secara rawak namun tindakan pantas telah dilakukan dengan menyekat Aplikasi Pengaturcaraan Antaramuka (API),” katanya hari ini.

Menurut KKM, buat masa ini, aplikasi MySejahtera juga sedang ditingkatkan keselamatannya bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Pada masa sama, KKM memohon maaf ke atas kejadian yang berlaku tersebut.

“Semua pemilik aplikasi MySejahtera tidak perlu risau kerana tiada sebarang data peribadi yang berjaya dicuri atau digodam tetapi hanya berlaku penghantaran ‘spammed’ secara rawak,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI