fbpx

Pekerja restoran, tukang urut antara 56 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam wanita warga Thailand dicekup JIM Melaka ketika sedang mengurut kaki pelanggan di sebuah premis refleksologi di Melaka Raya, semalam.

MELAKA – Seramai 56 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam enam serbuan berasingan temasuk di restoran nasi beriani, kolam pancing dan kedai urut di sekitar daerah Melaka Tengah dan Jasin, semalam.

Dalam serbuan hampir enam jam berakhir pukul 3.30 pagi itu, kesemua warga asing yang ditahan berusia 25 hingga 45 tahun merupakan warga Vietnam, Thailand, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

Pengarah Imigresen (JIM) negeri Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, berdasarkan aduan awam, seramai 20 penguat kuasa telah menjalankan serbuan di enam lokasi yang dikenal pasti.

Ujarnya, secara keseluruhan seramai 105 individu telah diperiksa dan 56 ditahan selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, Pas Lawatan Kerja Sementara telah tamat tempoh dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Dalam serbuan pertama di sebuah restoran menjual nasi beriani, kita telah menahan seorang wanita Indonesia dan pemeriksaan seterusnya dilakukan di sebuah kolam pancing di Bukit Katil di mana tiga lelaki Bangladesh turut ditahan.

“Pasukan kami juga ke sebuah premis urut tapak kaki di Melaka Raya dan seramai enam wanita Thailand ditahan ketika sedang memberikan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ujarnya, dalam operasi bersepadu itu pasukan JIM juga telah melakukan pemeriksaan di rumah pangsa di Taman Anika dan sebuah asrama pekerja warga asing di Lipat Kajang, Jasin.

“Serbuan kelima dijalankan di sebuah rumah pangsa dan empat lelaki warga ditahan ketika mereka sedang nyenyak tidur.

“Di lokasi terakhir di sebuah penempatan haram pekerja di Jasin, kita berjaya menahan 61 PATI. Kita dapati sebahagian daripada mereka yang ditahan ini telah dibawa masuk ke negara ini secara haram oleh pihak lain untuk mengaut keuntungan menggunakan tenaga mereka,” katanya.

Ujarnya, kesemua yang ditahan di bawa ke Pusat Kesihatan Daerah bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum di hantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI