fbpx

Endang Hyder lebarkan sayap seni ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Endang Hyder bermain biola ketika ditemui pemberita di Ipoh semalam. - Foto: Liyana Ramli

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Pemain biola professional negara, Endang Hyder sudah sedia melebarkan sayapnya ke negara seberang hujung bulan ini untuk menyiapkan rakaman album pertama.

Endang Hyder atau nama sebenarnya Ell Zain Hyder mula bermain biola sejak berusia 10 tahun dan pernah mendapat pendidikan muzik klasik dari Universiti Queen, di Belfast, Ireland Utara.

Dia antara pemuzik biola yang pernah mengajar isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta beberapa nama besar lain.

Bagaimana pun, situasi pandemik sejak dua tahun lalu yang memberi kesan kepada ramai panggiat seni turut dirasai beliau banyak kerja muzik tergendala.

Endang berkata, dia akan berlepas ke Indonesia pada 25 Oktober dan pulang ke tanah air pada 20 November depan.

“Saya akan berkolaborasi bersama barisan komposer terbaik di sana bagi menyiapkan pembikinin album solo ini.

“Dalam album itu nanti akan ada dua lagu dan video muzik yang bakal dirakam di Indonesia,” katanya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Menurutnya, segala persiapan untuk album pertamanya itu akan dibuat di Indonesia dan kos bagi pembikinan album juga telah mendapat tajaan daripada pelajar dan persatuan PORT atau ‘People Of Remarkable Talents’ negeri Perak.

Sementara itu, ibu kepada tiga orang anak ini berkata, dia agak khuatir akan keadaan ibu bapanya yang mempunyai penyakit kronik serta anak-anaknya yang masih kecil sewaktu ketiadaanya kelak.

“Saya agak risau akan keadaan dan perbelanjaan mereka ketika keberadaan saya di Indonesia kelak.

“Saya lebih suka jika orang ramai membantu dengan menonton video YouTube saya, melanggan (subscribe) dan memberikan tips berdasarkan hasil kerja saya,” katanya.

Ujarnya, dia juga memerlukan dana tambahan bagi keperluan ibu bapa serta anak-anaknya jika berlaku apa-apa kecemasan semasa dia berada di Indonesia.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Ell Zain Hyder, 1580 4284 2085 atau menghubunginya melalui talian 012-4052665 dan laman Twitter @EndangHyder. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI