fbpx

Dua anggota polis dituduh terima suapan RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shah Erwan (dua dari kiri) bersama Andinor (dua dari kanan) didakwa atas tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM500, empat tahun lalu.

Tertuduh, Shah Erwan Kasa @ Mansor, 41, serta Andinor Zabidin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh yang berpangkat koperal dan koperal sokongan polis dengan niat bersama telah secara rasuah memperoleh wang tunai sebanyak RM300 daripada seorang lelaki yang kini berusia 28 tahun.

Dua individu terbabit yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda didakwa menerima rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki berkenaan serta seorang wanita yang disyaki berkhalwat di dalam kereta.

Kesalahan rasuah itu didakwa dilakukan di Jalan Lagenda 3, Sungai Petani dalam daerah Kuala Muda dekat sini kira-kira pukul 12.30 pagi, 26 Mei 2017.

Sementara itu bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan rasuah sebanyak RM200 daripada lelaki sama, sebagai dorongan untuk tujuan serupa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi tasik Jalan Persiaran Perdana Height, Lot 88 dalam daerah Kuala Muda antara pukul 9 hingga 9.30 malam, 12 Jun 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI