fbpx

4 sekeluarga termasuk lelaki OKU buta terselamat rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua buah rumah berstruktur kekal dua tingkat terbakar di Taman Jeram Mulia, Muar, Johor hari ini.

MUAR – Empat sekeluarga termasuk seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan terselamat daripada rentung selepas kediaman didiami mereka di Taman Jeram Mulia, di sini, terbakar pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II, Shahrizal Mokhtar berkata, dalam kejadian pukul 7.51 pagi itu, penghuni kediaman terdiri daripada dua warga emas, seorang wanita dewasa dan seorang lelaki OKU buta berjaya menyelamatkan diri setelah menyedari kejadian kebakaran itu.

“Kebakaran disedari seorang penghuni rumah pertama dan kemudiannya memaklumkan kepada ahli keluarga bagi menyelamatkan diri.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman jenis dua tingkat berkeluasan 6 X 15 meter. Kejadian berlaku di tingkat atas bangunan dan mengakibatkan kemusnahan 65 peratus pada rumah pertama sebelum merebak ke rumah kedua dan terbakar 40 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dibantu BBP Pagoh dikejarkan ke tempat kejadian dengan diketuai oleh Komander Operasi BBP Muar, Pegawai Bomba Kanan I Ismail Mahmod.

“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran tidak melibatkan kecederaan dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan operasi memadam kebakaran selesai pada pukul 8.50 pagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI