fbpx

Uji bakat 12 filem, bajet RM100 juta bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGI memenuhi keperluan pembikinan 12 buah filem, Zebra kini membuka ruang uji bakat setiap dua bulan sekali sebelum penggambaran sesebuah naskhah dimulakan. Edisi pertama pertama uji bakat sudah bermula sejak awal Oktober.

DALAM satu pengumuman terdahulu, Zebra Studio Sdn. Bhd. dan Tremendous Entertainment kini dalam usaha merealisasikan penghasilan 12 buah naskhah filem dalam tempoh 24 bulan dengan anggaran perbelanjaan RM100 juta.

Secara purata, RM5 juta hingga RM10 juta akan dibelanjakan untuk membuat setiap filem bergantung kepada keperluan produksi tersebut.

Daripada situ, anggaran jumlah pelakon yang diperlukan adalah 120 pelakon, sementara dianggarkan 600 hingga 800 anggota kru produksi akan terlibat sepanjang produksi kesemua 12 filem kelak.

Menurut pengasas dan pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, setiap filem terdiri daripada dua hingga 10 pelakon utama dan pelakon sokongan untuk menjalankan peranan yang ditentukan.

CL HOR bersama pasukan produksi ketika penggambaran filem pertama, A Kind Of Love usaha sama dengan sebuah produksi dari Hong Kong di Sungkai, Perak.

Uji bakat

“Semua orang dalam industri hiburan berpeluang untuk menyertai sebahagian daripada 12 filem bergantung pada keinginan mereka untuk berlakon dan ikut watak yang dikehendaki.

“Sesiapa sahaja ada ruang untuk mencuba, terutamanya pelakon baharu yang sedang mencari kejayaan kerjaya dalam industri hiburan.

“Pelakon veteran dan popular juga berpeluang mengembangkan karier lakonan mereka ke pasaran antarabangsa menerusi 12 projek filem ini,” kata Saraleana.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, Zebra kini membuka ruang uji bakat setiap dua bulan sekali sebelum penggambaran sesebuah naskhah dimulakan. Edisi pertama pertama uji bakat sudah bermula sejak awal Oktober.

Individu yang berminat untuk terlibat dalam 12 filem yang akan datang dan menjadi sebahagian daripada sejarah sinematik Malaysia sangat dialu-alukan untuk menghantar butiran peribadi ke akaun media sosial @zebrastudiomy (Facebook dan Instagram).

Bergantung pada jenis watak, calon-calon terpilih akan berpotensi membintangi naskhah-naskhah pelbagai genre seperti komedi, aksi, drama, percintaan, filem berkala dan banyak lagi.

Penggambaran sesebuah filem biasanya akan berlangsung dalam jangka masa 20 hingga 35 hari bagi setiap buah filem.

CL HOR (dari kiri) bersama Saraleana dan Pengerusi Tremendous Entertainment, Datuk Jared Lim.

Tingkatkan industri

Pengarah bersama Zebra Studio, CL Hor berkata, pihaknya akan memberi peluang kepada pelbagai pengarah dan pengeluar filem untuk bekerjasama demi meningkatkan industri kreatif dan produksi di Malaysia.

“Ini termasuk memberi mereka peluang untuk mengembangkan kreativiti kepada penonton antarabangsa yang lebih luas melalui perancangan 12 filem ini.

“Sudah tentu, ini bukan sahaja memberi peluang untuk membantu para pelakon yang berjuang tanpa mengira bangsa, tetapi juga untuk menyatukan semua orang dalam industri hiburan,” kata CL Hor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI