fbpx

Suami isteri dari Perak dikompaun RM10,000 tak lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA TINGGI – Cubaan sepasang suami isteri dari Perak yang masih tidak lengkap vaksin untuk merentas ke daerah ini membawa padah apabila dikompaun semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata pasangan itu ditahan dalam operasi pematuhan dilakukan di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Kulai – Kota Tinggi.

“Pasangan suami isteri itu diberikan kompaun kerana merentas negeri tanpa vaksin yang lengkap.

“Siasatan mendapati mereka dari negeri Perak ke Kulai melalui SJR (Inas) Jalan Kulai-Kota Tinggi untuk melakukan rentas negeri.

“Nilai kompaun dikenakan adalah sebanyak RM5,000 setiap seorang,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kompaun dikeluarkan adalah di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan meskipun kerajaan telah memberikan kebenaran bagi mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI