fbpx

Remaja mati lemas ketika mandi air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja mati lemas ketika mandi di air terjun Junjung, hari ini.

KULIM – Kegembiraan lima sahabat berkelah sambil mandi di air terjun berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas dalam kejadian di Junjung dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.53 pagi itu, mangsa, Iman Zulhakim Mohd. Rahim, 18, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, mangsa bersama rakan- rakannya datang ke air terjun Junjung untuk berkelah.

“Mangsa bersama seorang rakan turun perlahan-lahan ke dalam satu kawasan air terjun bersama seorang lagi rakannya.

“Namun tiba-tiba kedua-dua mereka dilihat terkapai-kapai dan tenggelam seperti ‘disedut’ ke dasar air terjun tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sazalee berkata, seorang rakan kemudian terjun untuk menyelamatkan salah seorang daripada dua mangsa itu.

“Seorang mangsa berjaya diselamatkan, namun disebabkan terlalu penat dia tidak mampu menyelamatkan mangsa kedua,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI