fbpx

Polis kesan saksi bantu kes budak jatuh hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kanak-kanak perempuan itu ditemui maut dipercayai jatuh dari sebuah hotel di Tanjung Bungah, semalam.

GEORGE TOWN – Polis meminta saksi kejadian seorang budak perempuan berusia enam tahun yang ditemui maut di lantai tingkat satu sebuah hotel di Tanjung Bungah di sini semalam tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi itu.

Menurutnya, mayat mangsa telah selesai dibedah siasat di Hospital Pulau Pinang (HPP) malam tadi dan dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian di Sungai Petani, Kedah.

“Lokasi kejadian tidak mempunyai sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan polis sehingga kini masih menyiasat punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut termasuk lokasi sebenar dia terjatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI