fbpx

Pakar IJN dinobatkan Tokoh Perdana Maulidur Rasul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumbangan Suhaini Kadiman dalam memberi kesedaran pendidikan perubatan berteraskan Islam amat besar di negara ini. /FOTO IHSAN JAKIM

PUTRAJAYA – Pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Suhani Kadiman diiisytiharkan penerima Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1443H/2021M.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh menerusi program khas Citra Cinta Rasul disiarkan di TV1 malam ini.

Watikah anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad sebelum acara rasmi di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu ini.

Suhaini, 52, yang dilahirkan di Batu Pahat, Johor, merupakan Ketua Jabatan Anestesiologi dan Unit Rawatan Rapi, IJN dan juga pengasas lima buah badan bukan kerajaan tempatan.

Ini termasuk sebagai Presiden Pertubuhan Amal Perubatan Ibu Sina Malaysia yang banyak membantu masyarakat dalam menjiwai sistem perubatan selari dengan al-Quran dan Sunah.

Sementara itu, enam lagi diisytiharkan menerima Anugerah Maulidur Rasul kali ini antaranya bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan, Datin Dr. Paizah Ismail.

Beliau juga merupakan bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaysa dan bekas panel pakar syariah Jakim selain aktif penulisan buku berkaitan perundangan Islam.

Tidak ketinggalan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Syeikh Zakaria Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Harakah Islamiah Sarawak, Alwi Morshidi.

Juga tokoh korporat tempatan yang juga pengasas rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., Ali Hassan Mohd. Hassan dan Pengurus Besar Pondok OKU, Mohd. Zaini Mat Abas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI