fbpx

MEDAC kaji wajibkan peminjam lengkap dua dos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH (tengah) meninjau operasi pemberian vaksin kepada pelajar di PPV itu, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengkaji kemungkinan mewajibkan pemohon pinjaman di bawah kementerian itu melengkapkan dua dos vaksin.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya setakat ini tidak menetapkan perkara itu sebagai syarat khas pinjaman.

“Saya kena bincang dahulu (bersama kementerian) dan belum mengenakan sebarang syarat.

“Namun, syarat (dua dos vaksin) mungkin perlu dilihat sekiranya keadaan memaksa atau serius,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor di sini, hari ini.

Pada 24 Jun lalu, MEDAC mahu memastikan pengusaha perniagaan mikro dan tidak rasmi tersenarai sebagai penerima utama vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI